
Hai!
Terima kasih kerana menyertai Kaji Selidik S.A.F.E. Internet CelcomDigi 2026: Edisi Uni! Jika anda merupakan seorang pelajar, kajian ini adalah untuk anda.
S.A.F.E. Internet adalah inisiatif keselamatan digital yang diterajui oleh CelcomDigi untuk memperkasakan semua pihak dengan pengetahuan dan kemahiran digital, ke arah membina persekitaran digital yang lebih selamat dan berdaya bingkas.
Kajian ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memahami bagaimana pelajar universiti mengenal pasti, berhadapan, dan bertindak balas terhadap pelbagai jenis penipuan - daripada scam pekerjaan dan e-dagang hinggalah penipuan melalui panggilan telefon dan yang menggunakan kercerdasan buatan (AI).
Berikut adalah perkara yang perlu diketahui sebelum anda mulakan kaji selidik ini:
Kajian ini dijalankan secara anonim sepenuhnya - tiada sebarang maklumat peribadi dikumpul.
Ia akan mengambil masa selama 7-8 minit untuk diselesaikan.
Anda juga boleh menjawab kajian ini dalam Bahasa Inggeris dengan menukar pilihan bahasa di bahagian atas sebelah kanan halaman.
Penyertaan anda penting dalam membantu kami membina persekitaran dalam talian yang lebih selamat untuk semua, terutamanya para pelajar yang sering menjadi sasaran utama taktik scam baru.
Jom kita mulakan!